Pada keesokan harinya, aku pergi sekolah seperti biasa. Sedang aku berjalan kaki ke sekolah, tiba-tiba sebuah kereta berhenti di sebelahku. Di dalamnya, aku ternampak Sofia ngan Farhana bersama ibubapa mereka. Mereka mempelawa aku tumpang sekali. Tanpa segan silu, aku pun masuk ke dalam kereta itu. Mesra sugguh ibubapa mereka berbicara dengan aku. Namun, tiba-tiba pandanganku menjadi gelap.
Aku sedar dari pengsanku. Kini, aku berada di sebuah kamar. Pelbagai barangan aku jumpa di dalam kamar itu. Ada karpet, pasu lama, poster-poster lama dan pelbagai lagi. Aku cuba berdiri tetapi tidak boleh. Aku idak bermaya seperti sejenis enzim yang kuat kesannya ada dalam badanku ini. Dalam bayanganku yang gela, aku ternampak beberapa orang remaja lalu di depanku. Aku pengsan semula.
Aku bangun semula. Kesan enzim itu hilang. Di sekeliling aku ada beberapa orang remaja. Ada lelaki ada perempuan. Aku tanya aku sekarang berada di mana ? Mereka menjawab yang mereka semua telah diculik. Aku menjadi bengang . Sofia dan Farhana telah memperdayakan aku. Aku rasa seperti dikawal syaitan. Aku menendang pintu dan ia terus pecah berderai. Aku mencapai sebilah pisau yang berada di luar bilik itu. Aku ternampak seorang lelaki yang tegap sedang duduk di atas sofa. Aku dengan senyapnya berjalan ke arah lelaki tersebut. Apabila ku hampir dngannya, aku menusuk pisau ke dlam badannya. Dia menjerit kesakitan lalu rebah dan meninggal dunia. Tiba-tiba, Sofia dan Farhana muncul beberapa meter di sebelah kiriku dalam keadaan terkejut. Aku mencabut pisau itu dari badan lelaki tersebut. Mereka masih lagi kaku. Aku memanggil semua budak-budak yang diculik itu turun dan melihat mayat lelaki tersebut...Mereka juga turut terkejut. Aku ternampak seorang lagi penculik lalu membaling pisauku ke kepala penculik tersebut. Balinganku tepat. Pisau yang aku baling itu terbenam ke dalam tengkorak lelaki tersebut. Lelaki tersebut mati di situ juga. Aku menyuruh semua budak-budak tersebut keluar dari situ. Mereka semua pun keluar dengan lajunya.
Aku memandang Sofia dan Farhana lalu mengajak mereka berdua keluar. Mereka pun keluar. Aku mengatakan bahawa aku akan memberi peluang yang kedua. Mereka berasa gembira lalu mengucapkan terima kasih kepadaku kerana tidak membawa mereka ke balai polis.Mereka berdua pergi dari situ lalu hilang bersama dengan budak-budak yang diculik. Kini, sudah 15 tahun perkara itu berlalu. Aku telah menjadi seorang askar yang berpangkat kolonel 3 bintang. Aku mendapat khabar yang Sofia dan Farhana menjadi pengurus syarikat fesyen. Budak-budak yang aku pernah selamatkan dahulu juga bekerja dalam pekerjaan yang besar-besar. Aku bersyukur terhadap Allah kerana memberi aku peluang yang kedua untuk hidup.
TAMAT